Apakah pengertian: a. salaf/khalaf b. takwil c. (mengambil) jalan istinbat

Salaf: Generasi pertama Islam yang hidup dalam lingkungan 300 tahun Hijriyah. Mereka ialah RasuluLlah SAW dan semua para sahabatnya serta tabi’en dan tabi' Tabi’en. Setengah definasi salaf ialah generasi Islam yang hidup dalam lingkungan 500 tahun pertama hijriyah. Mereka juga dikenali dengan generasi ahli Madinah yang mana kehidupan mereka berpaksikan kehidupan generasi sahabat di Madinah.

Khalaf: Gerakan ulamak yang menghidupkan tradisi salaf, tidak bermazhab, menolak bid’ah dan khurafat dan kembali kepada hanya al-Qur’an dan assunah. Pelopornya ialah Imam Ahmad Ibn Hanbal, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Wahabi, di Nusantara ialah A Hassan bandung dan negeri Perlis.

Takwil bermaksud menggunakan akal yang rasional untuk menghuraikan perkara-perkara yang mutasyabihat (samar-samar) dalam aqeedah dan ibadah. Inilah jalan khalaf. Misalnya kalimah Alif Lam Mim yang membuka surah alBaqarah. Golongan Salaf menyerahkan kepada Allah maksudnya, tapi golongan khalaf mentakwilkan dengan rasional maksudnya.

Juga tentang Allah bersemayam (istawa) di atas Arasy. Salaf menyerahkan kepada Allah maksud istawa. Tapi Khalaf mentakwilkan istawa sebagai penguasaan Allah ke atas makhluk-Nya.

Takwil yang salah ialah yang berlawanan dengan akal yang rasional, dalil-dalil naqliah yang lain dan tata bahasa Arab seperti penakwilan yang dibuat oleh golongan Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Qadiani, Syi'ah dan sebagainya.

Istinbat menurut Usyul feqh ialah menggali, mengeluarkan dan mengorek hukum sesuatu perkara atau kejadian daripada sumber-sumber hukum Islam. Mereka yang layak beristinbat ialah para mujtahid atau hampir kepada mujtahid.

sekian

1 comment:

Udin Senin said...

assalamualaikum,boleh ana tahu sumber kpd pengertian yang anta beri diatas.bkn apa,ana sdg wat tugasan yg memerlukan sumber rujukan.terima kasih ana ucapakan..