Powered By Blogger

KEPELBAGAIAN MAZHAB FIQH

Saya masih tertanya-tanya dan kurang mengerti bagaimana boleh timbulnya mazhab yang empat iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki. Walaupun perbahasan tentang mahzab ini bukanlah isu baru tetapi belum pernah saya mendapat pandangan yang betul-betul jelas kenapa perlunya kita memilih salah satu daripadanya.

Komentar:

Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafi'iy adalah search engines bagi lautan (www) ilmu feqah;

Syafi'iylah orang yang pertama memperkenalkan ulum Usyul feqah (kaedah-kaedah induk yang dirumus daripada AlQur'an dan Sunnah); kemudian Imam-imam yang lain itu juga mempunyai kaedah mereka yang tersendiri untuk merumuskan kaedah untuk memecah problem-problem terbaru dalam feqah kerana umat Islam telah berkembang beyond the boundry of Medinah. Suasana dan persekitaran yang baru memerlukan pendekatan yang canggih untuk menyelesaikannya. Inilah tugas Imam-imam madzhab tadi dan kenapa mereka perlu ujud sebagaimana perlunya ujud para saintis, doktor, dan cerdikpandai lain untuk menyelesaikan masalah manusia yang semakin canggih. Mereka pada asalnya tidak berniat mencetuskan madzhab, tetapi apakan daya kehebatan mereka telah menghasilkan pengikut. Jikalau Micheal jackson yang fujjar pun ada peminat, apatah pula insan yang mulia dan berilmu besar.

Kenapa umat Islam perlukan madzhab?

Bukan semua orang mampu meneliti ke dalam Al-Qur'an dan assunah dan mengambil hukum secara sendirian, maka jalan yang paling mudah ialah dengan mengikut salah satu Imam tadi.

Ini adalah langkah sementara tetapi lama kelama'an, umat Islam merasa selesa dengan hanya merujuk kepada Imam sahaja. (inilah dipanggil comfort zone bermadzhab); maka umat Islam yang tidak mampu belajar, maka mengikut Imam adalah pilihan muktamad mereka. Mazhab orang awam ialah para ulamak di sekelilingnya. Bagi yang mampu belajar, maka amalan bermazhab adalah bersifat sementara, dia dituntut belajar sehingga dia mampu mengetahui sumber dalil hukum dalam amalan sehariannya.

Kebanyakkan ulama cuba untuk tidak membahaskannya kerana khuatiri akan menimbulkan banyak masalah. Alasannya orang awam tidak cukup ilmu untuk memahami hujjah-hujjah dari perbagai mazhab tersebut.

Komentar:

Benar sekali, bagi masyarakat awam tidak perlu didedahkan perbahasan ulamak yang berjela-jela. Jika masyarakat awam yang saudara maksudkan ialah mereka yang bekerja di kampung-kampung, kebanyakannya buta huruf, atau hanya tahu baca jawi, belajar setakat darjah enam, di kelilingi oleh kemiskinan dan bertarung untuk menyara kehidupan yang serba kekurangan, maka biarlah mereka stick dengan salah satu mazhab. Bagi mereka yang sudah melalui tertiary education, celik IT pulak tu, apakah alasan mereka untuk terus bermazhab?

Yang pelik lagi kadang-kadang pandangan dan pentafsiran dalil bagi sesuatu hukum berkaitan dengan satu masalah ibadat menunjukkan perbezaan yang begitu ketara di antara mazhab-mazhab tersebut. Contohnya persoalan batal wudhuk. Ada mazhab kata batal wudhuk apabila bersentuh kulit lelaki dan perempuan bukan mahram. Ada pula mengatakan tidak batal. So, siapa yang betul? Apakah betul atau salah itu tidak penting? Ada pula mengatakan boleh tukar mazhab bila ada keperluan.

Jawab:

Perbedzaan itu hanya dalam masalah ranting feqah sahaja. Ia tidak menjejaskan agama walaupun sedikit. Masalah ranting alam feqah, memang tidak ada jawapan yang betul atau salah. Yang kita kena lihat ialah hujah Imam mana paling kuat dan pendapat mana yang paling jumhur (diterima oleh majoriti fuqaha'). Misalnya dalam bab lamastumunnisaa’ (bersentuh wanita dan lelaki) dalam bab wudhuk, kita dapati pandangan Imam Syafi’e dan Zahiri paling minoriti. Hujah mereka paling lemah berbanding dengan majoriti Imam lain, manakala majoriti (jumhur) berpendapat tidak batal wudhu jika tidak ada rasa syahwah. Kemudian mereka mendatangkan dalil-dalil hadis yang solid di mana RasuluLlah saw memegang dan mencium Aisyah dan selepas itu baginda solat tanpa memperbaharui wudhu'nya.

Bagi orang awam atau orang yang tidak mampu belajar agama, dia tidak dibenarkan menukarkan mazhab sesuka hatinya atau memilih yang paling mudah dan ringkas mengikut nafsunya (budaya Talfiq). Dia hendaklah belajar sehingga mampu meneliti sumber hukum dan barulah dia boleh meninggalkan taklid. Taklid ni bolehlah diumpamakan sebagai tadika.

Yalah bagi saya yang ilmu tidak seberapa ni, kadang-kadang terfikir juga apakah mazhab yang diikuti oleh Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Ali dan sahabat-sahabat Rasulullah yang lain. Kalau mereka tu tidak bermazhab kenapa kita perlu bermazhab. Mungkin juga sebab susah bagi orang awam untuk mengkaji kesemua mazhab tersebut dan mencari yang terbaik dalil dan hujjahnya.

Jawab:

Zaman lingkungan 300 tahun permulaan Islam ialah zaman generasi al-Qur’an. Mereka adalah umat yang terdedah kepada wahyu secara langsung dan mereka amat memahami al-Qur'an dan assunah dan kehidupan mereka adalah simple dan tidak keluar dari Jazirah Arab. Selepas itu bila Islam membuka seperempat dunia, maka bermulalah pelbagai masalah baru dalam dunia Islam.

Kenapa mereka salafi (tanpa madzhab) dan kita muqallid (orang yang bertaklid)? Sebab tradisi keilmuan umat Islam sudah padam sejak beribu tahun. Kalau dulu umat-umat lain berduyun-duyun menimba ilmu dari kita maka sekarang adalah sebaliknya; kalau dulu penyakit buta huruf menimpa umat-umat lain, sekarang di Afghanistan kadar buta hurufnya masih melebihi 85%, Saudi (70%), umat yang jahil begini tidak ada pilihan bagi mereka melainkan bermazhab dan bertaklid.

Kalau kita ambil sahabat-sahabat RasuluLlah saw dan penduduk Medinah yang hidup dalam lingkungan 300 tahun permulaan Islam, kesemua mereka adalah bintang (stars), mereka adalah ilmuan, mujahid dan contoh serta al-Qur’an yang berjalan dalam masyarakat. Kenapa mereka perlu bermazhab, sedangkan masyarakat merujuk kepada mereka? Setiap seorang daripada mereka adalah mazhab (ikutan).

Aduhai umat Islam sekarang, Qardhawi menjelaskan, majoriti mereka adalah umat peniru dalam segala hal, bukan saja bermazhab, malah mengikut Barat hingga kelubang biawak.

Tetapi kenapa perlu ada 4 mazhab. Bukankah dalam Islam ada satu sumber hukum yang dipanggil Ijma' ulamak. Tidak boleh ke ulamak bersepakat untuk mendapatkan satu ikutan yang terbaik untuk diikuti oleh semua umat Islam. So, mungkin ada sesiapa yang boleh memberi penjelasan tentang perkara ini.

Jawab:

Tak mungkin ada ijmak dalam masalah ranting. Perselisihan ulamak dalam masalah furu' agama akan memberi rahmat kepada ummah kerana ia membuka jalan-jalan penyelesaian yang lebih baik kepada umat. Misalnya jika ulamak ijmak dengan pandangan Syafi'iy dalam masalah batal wudhu' bila bersentuh perempuan, alangkah susahnya bila kita pergi ke negara-negara yang ada musim sejuk dan ketika mengerjakan haji kerana wudhu' sering terbatal.

sekian

wslm THTL

Halal dan haram, dua golongan bermasalah!

Apabila saya banyak membicarakan persoalan halal/haram sesuatu perkara; misalnya yang terkini ialah persoalan muzik dan nyanyian; kita melihat di sana semacam ada dua golongan audience:

Pertama: Mereka yang mengkagumi tamaddun Barat amat terpesona dengan apa jua yang didatangkan dr Barat. Apabila didatangkan sesuatu dari Barat itu bertepatan dengan Islam, maka mereka akan bersorak girang. Jika yang didatangkan dari Barat itu bertentangan dengan Islam, maka gundah gulanalah mereka, mereka mencari jalan, mentakwil, memberi keuzuran dan pelbagai alasan untuk mengharuskannya. bagi mereka Islam mesti tunduk kepada Barat. Lihatlah pelbagai alasan mereka terhadap loteri, kasino, riba', patung-patung, pembebasan wanita dr sifat kewanitaannya, lelaki memakai emas dan sutera; pergaulan bebas. Mereka kadang-kadang sudah sampai kepada tahap apa yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh Barat, apa yang haram yang diharamkan oleh Barat. Mereka sudah lupa bahawa Islam adalah kalimah Allah yang paling tinggi.

Firman Allah (maksud):Dan kalaulah kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka, niscaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala apa yang ada padanya.. (Al Mukminun: 71)

Golongan kedua pula ialah golongan yang jumud/statik dalam satu-satu pandangan terhadap masalah halal/haram. Mereka mengikut saja apa yang tertulis dalam kitab; atau terikat dengan pandangan satu madzhab saja, lalu menyangka itulah Islam. mereka tidak berganjak walaupun seurat rambut dan terus berpegang kepadanya. Mereka juga malas untuk mengkaji dalil-dalil madzhab atau pegangan mereka atau mengkaji dan menimbang dalil-dalil orang lain; lalu mengambil yang mana benar setelah diselidiki dan ditimbang. bagi mereka ikut sajalah...buat apa-apa penat-penat pikir!

Apabila ditanya golongan kedua ini apakah hukum nyanyian, alat muzik, bermain catur, berpolitik bagi perempuan, menampak wajah dan dua tapak tangan, atau masalah seumpamanya; maka JAWAPAN yang PALING HAMPIR dengan LIDAHNYA IALAH HARAM! Mereka lupa kepada golongan salafussaleh, yang menuturkan haram bila ianya Nyata Haram secara Qat'iy (jelas sejelasnya); dalam perkara selainnya mereka lebih suka berkata, kami membencinya atau Tidak menyukainya.... beratnya hendak keluar kalimah haram, macam 100 kilo punya beban.

SEKARANG KITA NAK MEMBENTUK GOLONGAN yang KETIGA:

Mereka yang tidak rela berkiblat kepada Barat.

Mereka yang bebas daripada bertaklid kepada mana-mana madzhab; ketahuilah taklid telah membunuh akal sedangkan akal dicipta untuk mengkaji dan meneliti; Orang yang bertaklid seumpama orang yang diberi pelita; kemudian dia memadamkankanya lalu berjalanlah dia dalam kegelapan.

Mereka yang mahu membebaskan diri dari ikatan mazhab sebagaimana golongan pertama Islam yang bebas dr ikatan mana-mana madzhab; ini kerana kebenaran tidak mencakupi dalam satu-satu madzhab saja; manakala imam-imam yang diikuti dalam madzhab itu tidak pernah mendakwa dirinya bersih daripada kesalahan; sebagaimana sya'ir Arab: semua orang alim ada tempat silapnya, semua kuda ada tempat jatuhnya dan semua pedang ada tempat sumbingnya,

Tidak layak bagi seorang intelektual yang mempunyai kebolehan menyelidik, menimbang dan mentarjih untuk menjadi tawanan kepada sesuatu madzhab atau tunduk kepada pandangan ulama tertentu. YANG DITUNTUT IALAH KITA MENJADI TAWANAN KEPADA HUJAH DAN DALIL. SIAPA yang PALING KUAT DALIL DAN HUJAHNYA PALING LAYAK DIIKUTI; SIAPA yang MENDATANGKAN HUJAH DAN DALIL yang PALING LEMAH MAKA AKAN KITA TOLAK, TANPA MEMILIH BULU.

Bagaimana saudara/i semua; bersediakah kita nak membincangkan isu yang lagi hebat: keluarlah dari amalan bertaklid dan bermadzhab bagi golongan yang mampu?!

Kenapa riuh benar dengan bermadzhab?!

SATU cara saja hendak selesai masalah nak bermadzhab atau hendak jadi free lance ialah jika saudara menerima Hassan al Banna RM sebagai bapak saudara dalam pergerakan Islam. Menjadikan teks Risalah ta'alim beliau sebagai asas yang kukuh dalam membina tapak-tapak saudara dalam harakah Islam; mereka yang tidak pernah terdidik dengan sistem pendidikan gerakan Islam; payah sekali akan bertemu titik-titik persamaan; tambahan jika saudara jenis lone-ranger atau yang dididik secara tarikat atau sistem pondok.

Saya difahamkan Usul Asyrin (Asas 20) al Banna adalah teks wajib dalam usrah. Oleh kerana saya banyak cenderong kepada al Banna dan anak-anak murid alBanna seperti Sayyid Sabiq dan Syeikh Qardhawi; maka begitulah pandangan saya; atau mungkin saya tersilap faham; maka ikhwan yang lain kena perbetulkan.

Maka sekiranya saudara di alam siber sana yang dibesarkan dengan madrasah selain alBanna maka tiadalah jalan pertemuan bagi kita; BAGI SAUDARA KEFAHAMAN SAUDARA MAKA BAGI SAYA KEFAHAMAN SAYA; tetapi JIKA SEKIRANYA SAUDARA TUMBUH DI MEDAN DAKWAH INI ATAS FIKRAH CETUSAN ALBANNA KITA MESTI BERSATU dalam KESATUAN FIKRAH yang DIASASKAN DI ATAS USUL ASYRIN.

Saya bacakan kepada anda semua yang mengenali dan menghormati Imam Mujtahid lagi haraki al Banna:

USUL KETUJUH (USUL 20) RISALAH TA'ALIM

Setiap Muslim Yang tidak sampai keperingkat meneliti (nazar) dalil-dalil hukum cabang (Furu') boleh mengikut mana-mana Imam (madzhab). Elok sekiranya seseorang itu cuba untuk berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi MENGETAHUI DALIL-DALIL HUKUM. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. JIKA SEKIRANYA BELIAU TERDIRI DR KALANGAN ORANG yang BERILMU, BELIAU HENDAKLAH MENCUKUPKAN KEKURANGANNYA DARI SEGI ILMU SEHINGGA SAMPAI KEPERINGKAT MENELITI DALIL-DALIL HUKUM.

NAH, Bukankah beliau telah menyelesaikan isu ijtihad dan taklid dengan jelas sekali? Inilah pandangan yang pertengahan dan sederhana; mengumpul manusia bukan memecahbelah; berlembut dengan orang awam yang lemah dan buta huruf; memberi jalan keluar bagi mereka; manakala memberi ruang kepada orang yang kuat dan berkemampuan tinggi.

TAKLID (MENGIKUT SAJA) ADALAH HARUS kepada orang yang LEMAH; tetapi IJTIHAD JUGA HARUS BG yang BERKEMAMPUAN!

Yang jadi masalahanya ialah manusia yang memberi fatwa wajib ijtihad dan haram taklid atau ada golongan pelampau yang berkata wajib taqlid dan haram ijtihad!

MUNGKIN ADA DI KALANGAN IKHWAH KITA TELAH MENYANGKA SAYA TERMASUK dalam SALAH SATU GOLONGAN INI, SUBHANALLAH.

Oleh alBanna menegaskan:

Orang awam yang lemah penguasaan ilmu dan kemampuan dan tumpul pandangannya hendaklah bertaklid. Madzhab orang awam ialah alim ulamak disekelilingnya. Orang yang buta hendaklah bertanya orang celik untuk mengetahui kiblatnya. Firman Allah (maksud)

maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui. (anbiya':7)

YANG SAYA HAIRAN ADA DIKALANGAN KITA yang MERASAKAN DIA LAYAK JADI ORANG AWAM SEDANGKAN TUGAS DAKWAH SUDAH DICAMPAK KE ATAS BAHUNYA!!! DIA SERONOK JADI ORANG AWAM KERANA TERLEPASLAH DARI TENGKOKNYA KEWAJIPAN MENTELA'AH DAN MENGKAJI AGAMA. DIA LEBIH SELESA BERTANYA KEHULU KEHILIR dalam SETIAP PERMASALAHAN AGAMA.

Manakala Gesaan kepada golongan ilmuan pula ialah berijtihad walaupun minima: yakni cuba mengetahui dalil setiap perbuatannya. Ini bertujuan menaikkan kemuliaan seseorang dan merapatkan jurang antara pengikut madzhab. Itu sahaja. Imam alBanna menyuruh golongan intelek ini supaya melipat ganda usaha pengkajian dan penelitian terhadap dalil yang bermacam-macam itu dan kemudian menapis dan mentarjihkan sebelum memilih yang mana yang paling kuat. Manakala imam-imam atau para ilmuan Islam bila didatangi oleh para cendekiawan / intelektual hendaklah melatih mereka, menunjuk ajar, menunjuk kitab yang muktabar, dan menyuntik semangat kepada golongan yang berpotensi ini supaya mencari dalil sendiri dengan gigih ; mudah-mudahan mereka boleh berdikari tanpa terlalu banyak bertanya seperti orang yang awam dan hilang upaya.

USUL KEENAM DAN USUL KELAPAN ADALAH BERKAITAN dengan USUL INI.

WALLAHU'ALAM.

RIUHRENDAH SEPATUTNYA REDA DI ABAD 21, ERA INFOMASI

Jazakallah khair kepada dua penjaring setia kita saudara Mahmud ITM dan Azminr Petronas dengan input bernas mereka. Malah saudara Mahmud dah nampak saya seolah-olah meninggikan INTONASI; mungkin benar juga; yang menulis mungkin tidak perasan; tetapi para penjaring tentulah merasainya; jadi saya memohon ma'af.

RiuhRendah dalam sesuatu hal kerana kita tidak biasa atau salah tanggapan. Ini berlaku disebabkan :

Faktor persekitaran - Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam persoalan bermadzhab; kerana kita semua celik mata dalam dunia Islam kita sudah dibesarkan secara Syafi'iyah. Begitu juga Imam Bukhari dan al Ghazali RA; mereka berdua dibesarkan dalam masyarakat Syafi'iy; tetapi sebenarnya mereka berdua telah mengasaskan madzhab mereka sendiri. Tajuk-tajuk nomenclature Bukhari itu sebenarnya adalah menunjukkan dia mengasaskan madzhabnya sendiri.

Mengkritik pandangan Imam madzhab tidaklah menjejaskan kewibawaan imam-imam tersebut. - Apabila kita menilai kesemua pandangan imam dan mula mengkritiknya atau menolaknya tidaklah menjejaskan kedudukan Imam-imam dan menurunkan darjat keilmuan mereka. Ini hanyalah another misconception. Kita tidak sama sekali meragui metod ijtihad dan niat imam-imam tersebut. Jadi janganlah takut untuk mengkritik dan menilai pandangan atau ijtihad siapa saja kecuali Rasulullah saw. Syaratnya kita kena ada instrumentlah.

Keganjilan dalam sesuatu hukum adalah relatif. - keganjilan sesuatu hukum itu bergantung kepada zaman, tempat dan masa. Mungkin apa yang kita bincangkan berbunyi ganjil tetapi tidak pada orang Perlis SEBAB orang PERLIS TIDAK BERMADZHAB... MEREKA MEMERANGI TAKLID DAN AMALAN BERMADZHAB. Mungkin kita amat ganjil bila ada imam tidak baca basmallah dengan kuat, tetapi bila kita pergi study di USA atau UK, ianya biasa. Begitu juga adalah biasa untuk umat Islam Malaysia solat dua raka'at sunat sebelum khutbah; tetapi amat ganjil bagi penganut madzhab Maliki. Kita juga sudah biasa dengan Syafi'iy di mana bila bersentuh (dengan Perempuan) air sembahyang akan batalnya wudhu' atau bila terkena najis atau urine binatang yang halal dagingnya (tahi unta, lembu, kambing, atau ayam); tetapi ia amat ganjil kepada pengamal Maliki bagi mereka tidak batal, mereka melihat sucinya najis binatang yang boleh dimakan. Begitu juga pandangan Syafi'iy yang membenarkan sibapa mengahwinkan anak daranya tanpa terlebih dahulu meminta izin tuanpunya diri; sudah tentu ia akan ganjil bila diberitahu kepada masyarakat Islam Amerika atau UK. Takutkan kepada keganjilan (weirdness) menyebabkan kita lebih selesa kekal dengan apa yang ada.

Pandangan yang Masyhur tidak semestinya BENAR;

Ya ini satu lagi misconception; begitu juga setiap pandangan yang ganjil tidak semestinya salah. Saya ambil contoh: Hadis riwayat Ali KW tentang fadilat malam-malam bulan Ramadhan; begitu masyhur dan disibarkan secara meluas; sebenarnya ia palsu.

Misalnya ayat ini (maksud) Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pesaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin yang hadir ketika pembahagian pesaka, maka berikanlah mereka sedikit daripadanya dan berkatakanlah kepada mereka dengan perkataan yang baik. (Nisaa': 8). Kata Ibn Abbas: Syaitan telah menjadikan manusia lupa (tentang ayat ini).

Begitulah pandangan yang masyhur: kerabat yang tidak berkaitan, anak yatim dan orang miskin tidak berhak atau layak mendapat apa jua bahagian daripada pesaka simati; tetapi dengan ayat itu ia terbukti TIDAK BENAR.

BANYAK ORANG bertanggapan berselisihnya kita dalam perkara furu' akan memecahbelahkan kesatuan umat. TIDAK sama sekali. Ia tidak pernah berlaku di kalangan sahabat dan salafusaleh.

BAHAYA ALTALFIQ BILA BERMADZHAB.

Budaya TALFIQ ialah seseorang mencari hukum yang termudah dan bertepatan serta disukai oleh hawa nafsunya TANPA mengira dalil. HUKUM perbuatan ini: Ditegah atau Tidak Harus

Seseorang yang mencari keringanan (rukhsah) daripada sistem bermadzhab adalah seperti fasiq (Qardhawi). Mereka ini mempermainkan agama (bukan kebenaran) dan menjadikan madzhab sebagai hamba kepada nafsunya.

Dalil hujah: an Nur: 47-49)

Yang selamat ialah mengikut pendapat yang PALING KUAT DR SEGI DALIL dan HUJAH dan paling kuat pada penialian hatinya; bukan hawa nafsu.

sekian.

15 Sumber Syaria'ah Islam! dan menjawab tuduhan

Akhir-akhir ini saya menerima beberapa pucuk surat dan e-mail personal yang kebanyakannya menyelar stail saya menjawab perlbagai masalah feqah di kedua jaringan sukaramai, msm dan islah-net;

Antara komentar mereka ialah:

Rasa risau kerana saya mengeluarkan pendapat sendiri dengan bebas;

Saya hanya membuat rujukan kepada satu atau dua buah buku yang ditulis oleh ulamak modenis seperti Yusof Qardhawi;

Saya banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu;

Saya terlalu berani memberi hujah-hujah sewenang-wenangnya;

Saya adalah golongan modenis, mengeluarkan hujah daripada kajian yang superficial;

Saya membelakangi tulisan ulamak tradisional

Saya dipengaruhi oleh bisikan dan pengaruh syaitan

Saya cuba mempengaruhi dan membawa anak-anak muda lain kepada kesesatan dan kegelinciran! Saya juga dikirimkan 3 buah video tapes yang beralamat dari

IVACS at the International Islamic Da'wah Centre,

57 Park Road,

London

bernilai 30 Pound sterling.

Tujuannya supaya saya melihat tapes tersebut dan insaf serta kembali kepangkal jalan; sedarlah diri itu tidak layak menjadi mujtahid di internet. Oleh kerana pengirim tersebut tidak menjelaskan namanya hanya menggelarkan 'hamba Allah' dan 'yang ikhlas' dan yang lain' traditionalis' Maka saya terpaksa menjelaskan serangan ini melalui kedua rangkaian msm dan islah-net. Mudah-mudahan mereka ini ada membacanya.

Pertama: Saya merasakan ada pihak yang melihat aktifnya saya menjawab pelbagai masalah di rangkaian maya ini bertujuan mencari pengaruh dan kepentingan peribadi. Itu terpulanglah kepada saudara dan saudari untuk menuduh demikian. Saya tidak berkecil hati dengan tuduhan begini kerana penjaring semua adalah intelektual, mereka tidak mudah dipengaruhi..

Kedua: Ada pihak yang merasa ganjil bila ada manusia yang boleh berbicara dalam masalah agama sedangkan dia bukannya dari lulusan agama. Bagi mereka yang layak berbincang masalah feqah/agama hanyalah lulusan alAzhar saja atau yang berguru di Damsyik, Qatar, Morokko, Libya dan lain-lain

Inilah fahaman yang silap, dalam Islam tidak ada institusi keagamaan seperti yang ujud dalam agama Yahudi (rabbai), Kristianiti (popehood/priesthood), mullah dan ayatullah (Syi'ah). Hak membincangkan hukum agama adalah milik siapa saja yang berilmu atau sudah sampai kepada tahap mengetahui sumber hukum. Kewibawaan seseorang untuk menjadi mujtahid ditentukan oleh keilmuan dan pengiktirafan dunia...

ketiga: menjawab tuduhan saya dari aliran modenis dan hanya merujuk kepada ulamak-ulamak modenis seperti Yusof Qardhawi dan menolak ulamak tradisional.

Saya tidak mengerti apa yang disebut dengan peristilahan modenis dan tradisional. Apa yang cuba saya lakukan ialah membuka paradigma penjaring kepada keluasan sumber hukum Islam seluas-luasnya. Kalau dulu kita dihadkan kepada pandangan ulamak satu-satu madzhab saja, saya membuka minda penjaring kepada 15 sumber hukum Islam yang telah disembunyikan daripada pengetahuan kita: ini semua tidak ada keterangan yang mengatakan ia satu kesalahan..

15 Sumber hukum Islam:

AlQur'an dari kitab tafsir yang muktabar

Sunnah dari koleksi yang muktabar

Ijma' (Majoriti ulamak bersepakat ke atas sesuatu hukum)

Qiyas (mengeluarkan hukum secara deduksi)

Fatwa Sahabi (fatwa dari mana-mana sahabat RasuluLlah saw)

Syari'at umat yang terdahulu (selagi tidak dimansuhkan oleh alQur'an)

Amal Ahli Medinah (Perilaku penduduk Medina)

Masoleh Mursalah (mengambil kira kepentingan awam)

Istihsan (Pemilihan yang setimpal kearah penyelesaian yang tepat); dalam kaedah ini banyak digunakan kaedah Hanafi; misalnya seekor anjing jatuh dalam perigi dan menjadi bangkai di dalamnya. Oleh kerana air dalam perigi tidak akan kering kerana adanya mata air, maka mengikut kaedah istihsan; kita membuang bangkai anjing tadi, kemudian membuang 40 timba air, maka air dalam perigi itu di anggap bersih.

Urf (Adat resam)

Istishabul Hal (Mengandaikan kepada penerusan); yakni seseorang dianggap tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah;hukum sesuatu kekal pada asalnya kecuali ada yang merubahnya...

Sadd al Dhara'i (Menghalang pintu-pintu)

Istiqra' (soalselidik/Penyelidikan)

Al Ukhz Bil Aqal Bima Qeel (Pandangan yang paling ringan)cth: Hukum membunuh dengan tidak sengaja hukumnya membayat pampasan kepada keluarga si mati 100 unta. Bagaimana bila ahli kitab yang dibunuh dengan tidak sengaja? Syafi'iy: sepertiga; Maliki, se perdua; Hanafi/Hanbali: sama dengan muslim maka kita mengambil yang paling kurang yaitu sepertiga jumlah unta, inilah konsep 'al Ukhz

Ijtihad Ulamak yang mujtahid.

Inilah sumber-sumber hukum yang dibenarkan yang jarang kita dengar, kerana kita hanya menghadkan sumber hukum kepada AlQur'an, Sunnah, Ijma' dan Qias sahaja.

Jadi sekarang saya hendak membuka sumber-sumber hukum ini kepada 15 yang jarang dikenali oleh orang kebanyakan yang tidak pernah melalui pendidikan Islam formal

------------------------------------

Apa yang saya kemukakan selama ini BUKANLAH hasil dari ijtihad saya. Kesemuanya diambil dari 15 sumber hukum yang disenaraikan di atas yang disandarkan kepada sumber wahyu, ulamak salaf dan khalaf, juga syari'at nabi-nabi yang terdahulu yang tidak dimansuhkan oleh AlQur'an; maka kita akan melihat keluasan Islam dan syari'atnya melewati batasan madzhab yang kita anuti selama ini.

-------------------------------------------------

Saya merasa anih bila ada suara-suara yang bersimpati dengan saya yang menganggap saya sudah tergelincir dari fahaman tradisi Islam; sebenarnya saya yang bersimpati dengan mereka ini kerana masih memahami Islam pada era 100 tahun yang lampau. Saya berada di institusi ilmu, di universiti Telekom yang ada fakulti ilmu teras yang dibarisi oleh sarjana-sarjana Islam lulusan Timur Tengah yang sentiasa mengawal selia saya dengan ketat; kemudian ada pakar-pakar hadis dan penyelidik bertauliah dalam kedua-dua net ini, ada pula barisan pimpinan Jama'ah Islam yang mengawasi dari kedua-dua net; maka saya merasa lebih selamat berbanding dengan pengkritik saya.

Sekian, saya sentiasa terbuka kepada kritikan dan teguran.

WSLM

Tradisi keilmuan kini

Saya sangat kagum dengan sepakatan ijmak para ulama dahulu kala dalam membincangkan masalah khilafiah dalam bab agama seperti bab Feqah. Walaupun berbeza pendapat, masing-masing menghormati ilmu dan pendapat yang lain dan dijadikan bahan rujukan untuk pedoman umat yang datang kemudian. Soalannya, kenapa tradisi ilmu yang sebegitu hebat tidak lagi menjadi ikutan pada ulama diakhir zaman ini?

Jawapan kita:

Kehilangan tradisi keilmuan silam ini dianggap salah satu cabaran terbesar umat Islam sebelum mereka melangkah ke alaf baru. Inilah yang ditegaskan oleh Prof Seyyed Hossein Nasr dalam bukunya Science dan Civilisation in Islam.

Menurut Prof Nasr kemerosotan tradisi ilmu ini ada hubungan dengan perpecahan umat Islam dalam aspek keagamaan, politik dan budaya. Ia bertambah parah bila munculnya roh nasionalisme yang dilahirkan di Eropah dan kemudian diekspot ke negara-negara Islam yang terjajah. Menurut beliau salah satu kehebatan tradisi keilmuan silam Islam ialah mereka tidak suka melabel satu golongan sebagai kafir atau bid’ah, misalnya Ibn Sinna dan al Biruni telah berdebat memakan masa bertahun-tahun, namun tidak pernah keluar dari mulut mereka, engkau telah kafir, jangan engkau hampiri masjidku lagi, atau engkau aku gantung tubuhmu di pokok yang berdekatan.

Jadi mengembalikan semula kecemerlangan tradisi keilmuan dari fanatik nasionalisme, fanatik kumpulan, fanatik kemadzhaban yang telah mencengkam umat Islam.. adalah cabaran-cadangan besar yang akan kita tempuhi bersama jika ingin bangun kembali menjadi umat yang kuat.

Menurut Prof Qardhawi: punca umat Islam tidak dapat mengikuti kemerlangan tradisi keilmuan silam ialah mereka bebas daripada sebarang bentuk fanatisme, mereka memilih jalan pertengahan (tidak ketat dan tidak terlalu longgar); dan ilmuan masa kini diserang oleh serangan kebendaan mengatasi keruhanian, egoisme mengatasi maslahah orang lain, mementingkan keuntungan daripada akhlaq. (fatawa Mu'asirat)

No comments: